Wednesday, May 26, 2010

Aku perlu lebih TABAH

From one of my feveret books :-

Teman ku eiman,

Demi Tuhanku harus lebih tabah dari biasa. Eiman, hati wanita ku benar-benar teruji kali ini. Kenapa skrg? Mengapa waktu ini aku mesti diuji dgn ujian ini? Aduh...Nurani ku meronta-ronta minta di lepaskan dari genggaman derita yg seakan tak mungkin boleh reda. eiman, sakitnya aku...air mata pun sudah malu utk menunjukkan muka lantaran terlalu lama menemani aku sepanjang mlm.

eiman, andai aku bertanya apa salahku? boleh tak kau tolong jawab? andai aku persoal di mana kurangnya aku?mampukah kau tolong huraikan? aku tahu tidak sebaik mana, jauh sekali untuk sempurna tetapi aku telah cuba sedaya termampu supaya aku mampu jadi pelengkap hidupnya. Tiada ribut tiada hujan, tiba-tiba taufan tanpa amaran. Dia mahu pergi dan katanya dia tidak mungkin balik. "jangan di tanya sebab jgn di soal punca, tetapi terima dgn hati yg terbuka bahawa ini bukan jodoh kita!"

mudah dan ringkas kata-katanya. mudah dan pantas jugalah hatiku di robek bagai daging busuk tidak bernyawa.parahnya goresan hati ini aku selagi dgn titipan doa buat yg Maha Agung krn aku sedar aku tdk bersendirian mengharungi badai ini.

Doa patah hati/ sedih
"Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling baik"

Musibah apa pula kali ini eiman. Bagai anak hilang ibu, bagai sampan hilang dayung, aku longlai dgn sikapnya yg mendiamkan diri sehingga ke hari ini. setiap langkah yg dia orak setiap kali itu lah juga hatiku menangis meminta dia berpaling dan kembali merawat luka ku, namun itu mustahil. pedihnya hati ini Allh SWT saja yang tahu. Sakitnya jiwa ini Allah SWT sj yg mengerti. Kini aku mengerti mengapa saban hari ada saja berita mengenai induvidu yang tega cuba membunuh diri, hanya lantaran di tinggalkan org tersayang. Kini aku tahu sakitnya bagaimana. Kini aku menguerti lukanya sedalam mana. Kini aku faham pedihnya sehebat apa. Astaghfirullah...Berat sungguh Ya Allah dugaan ini. Dalam tangis namun redha, aku panjatkan sekelumit doa agar ujian ini bakal menghapuskan dosa-dosa ku yg mungkin alpa kerana kasih sayang yg DIA pinjamkan selama ini.

Doa ketika menghadapi musibah
"tidak ada daya upaya dan tidak ada tenaga kekuatan melainkan dgn Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Besar"

Tak mengapa eiman, walaupun terluka dan darahnya masih mengalir, aku tetap waras dlm menakluki setiap sesuatu kejadian itu. Dia pasti ada sebab sendiri, kenapa sendiri, knp dia harus memilih utk mengorbakan cinta kami meskipun sebelum ini menurutnya, aku di pujanya saban waktu. Aku di mimpi saban hari. aku sentiasa di dlm doanya agar kami sentiasa di lindungi Ilahi dan redha Allah SWT mengiringi kami hingga saat kami di satukan nanti.

Biarpun aku di lepaskan tanpa sebab yg jelas, malah aku di lukai tanpa ku tahu adakah aku berdosa, aku merelakan jua dia pergi dgn iringan doa. Moga2 dia bahagia dan menemui apa sebenarnya yg dia hajati walaupun bukan aku yg bakal berkongsi saat itu nanti. Cuma aku tidak sempat menyatakan pada dia, jgn sesekali cuba kembali..

Bersambung...




Kita hanya merancang dan Allah SWT yg menetukan. Pastinya pepatah ini cukup sinonim dgn kehidupan seharian kita dan tidaklah menjadi masalah bagi sesiapa yang berpegang pada kata-kata ini utk menerima suratan takdir meskipun hakikatnya sgt pahit. Memang menjadi lumrah manusia sering kali melatah apabila berdepan dgn ujian, apatah lagi sekiranya sesuatu kejadian itu berlaku di luar dugaan sama sekali.Hati mula berkata bahawa semuanya tidak masuk akal. Sedangkan kita lupa bahawa setiap sesuatu itu ada yang menguruskannya mengikut kehendak dan kasih sayangNYA.

Allah Maha Kaya dgn segala anugerah serta nikmat yang tidak putus-putus di turunkan kepada semua hambaNYA. Cuma peraturan Allah SWT sememangnya berbeza-beza mengikut kehendakNya yang Maha Adil lagi Maha Mengasihi. Kita sebagai hamba, seharusnya akur dan redha serta percaya sepenuh hati bahawa ujian itu didatangkan dgn sejuta hikmah dan kita biasanya hanya menerima natijah setelah kita benar-benar pasti tentang apa yg kita lalui. Sesungguhnya Allah SWT itu pasti tidak pernah kejam ke atas hamba-hambaNYA tanpa mengira siapa kita.

" ....Allah tidak akan membebani seorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya..."
[Surah Al-Baqarah : 286]

Musibah yang mungkin datang silih berganti sepatotnya di jadikan kayu pengukur kpd tahap iman dan taat kita terhadap Allah SWT. Mungkinkah selama ini kita leka dalam menjalani kehidupan sbgai hamba yang mengaku beriman, tetapi amalnya jauh sekali. Setiap nikmat yang di beri Allah SWT kita hirup hingga titisan terakhir tanpa segan silu. Namun perintahNya yg tidak sezarah pun menjejaskan sosio kehidupan, kita abaikan dgn rela hati tanpa rasa bersalah. Memang benar kita insan lemah yng punya banyak kekurangan, akan tetapi mengapa kekebalan doa tidak di guna pakai bagi menangkis godaan dan hasutan mereka yg sesat lagi menyesatkan kita, agar terus patah serta jauh apabila berhadapan dengan dugaan yang kadang-kala mencabar kecekalan iman. Berdoalah wahai insan krn itu saja senjata yg kita ada. Tanpa doa kita mungkin akan tersasar jauh lantaran sifat lemah dan alpa.

"..Dan apabila manusia di timpa bahaya dia berdoa kpd Kami dlm keadaan berbaring, duduk atau berdiri, setapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia(kembali) melalui (jalannya yg sesat) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kpd Kami untuk (menghilangkan) bahaya yg telah menimpanya. Begitulah org-org yg melampaui batas memandang baik apa yg selalu mereka kerjakan.." [surah Yunus :12]

****************************************************************************************


No comments:

Post a Comment