Monday, December 24, 2012

comeback

rindu menulis....
setelah sekian lama aku tak menjenguk eimanku....
tak pernah rs utk di lupakan...jauh sekali utk delete kau dr hidupku..
tp apakan daya..ms utk bersama kau sgt tidak mencukupi...
mulai saat ini...akan ku pastikan kau tetap bersama dlm hidup ku....
selangi nyawa di kandung badan..selagi itu tinta pena ku bersama eimanku tetap teguh...
akan ku update kan segalanya nanti kemana menghilangnya ku selama ini....

Wednesday, May 26, 2010

Aku perlu lebih TABAH

From one of my feveret books :-

Teman ku eiman,

Demi Tuhanku harus lebih tabah dari biasa. Eiman, hati wanita ku benar-benar teruji kali ini. Kenapa skrg? Mengapa waktu ini aku mesti diuji dgn ujian ini? Aduh...Nurani ku meronta-ronta minta di lepaskan dari genggaman derita yg seakan tak mungkin boleh reda. eiman, sakitnya aku...air mata pun sudah malu utk menunjukkan muka lantaran terlalu lama menemani aku sepanjang mlm.

eiman, andai aku bertanya apa salahku? boleh tak kau tolong jawab? andai aku persoal di mana kurangnya aku?mampukah kau tolong huraikan? aku tahu tidak sebaik mana, jauh sekali untuk sempurna tetapi aku telah cuba sedaya termampu supaya aku mampu jadi pelengkap hidupnya. Tiada ribut tiada hujan, tiba-tiba taufan tanpa amaran. Dia mahu pergi dan katanya dia tidak mungkin balik. "jangan di tanya sebab jgn di soal punca, tetapi terima dgn hati yg terbuka bahawa ini bukan jodoh kita!"

mudah dan ringkas kata-katanya. mudah dan pantas jugalah hatiku di robek bagai daging busuk tidak bernyawa.parahnya goresan hati ini aku selagi dgn titipan doa buat yg Maha Agung krn aku sedar aku tdk bersendirian mengharungi badai ini.

Doa patah hati/ sedih
"Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling baik"

Musibah apa pula kali ini eiman. Bagai anak hilang ibu, bagai sampan hilang dayung, aku longlai dgn sikapnya yg mendiamkan diri sehingga ke hari ini. setiap langkah yg dia orak setiap kali itu lah juga hatiku menangis meminta dia berpaling dan kembali merawat luka ku, namun itu mustahil. pedihnya hati ini Allh SWT saja yang tahu. Sakitnya jiwa ini Allah SWT sj yg mengerti. Kini aku mengerti mengapa saban hari ada saja berita mengenai induvidu yang tega cuba membunuh diri, hanya lantaran di tinggalkan org tersayang. Kini aku tahu sakitnya bagaimana. Kini aku menguerti lukanya sedalam mana. Kini aku faham pedihnya sehebat apa. Astaghfirullah...Berat sungguh Ya Allah dugaan ini. Dalam tangis namun redha, aku panjatkan sekelumit doa agar ujian ini bakal menghapuskan dosa-dosa ku yg mungkin alpa kerana kasih sayang yg DIA pinjamkan selama ini.

Doa ketika menghadapi musibah
"tidak ada daya upaya dan tidak ada tenaga kekuatan melainkan dgn Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Besar"

Tak mengapa eiman, walaupun terluka dan darahnya masih mengalir, aku tetap waras dlm menakluki setiap sesuatu kejadian itu. Dia pasti ada sebab sendiri, kenapa sendiri, knp dia harus memilih utk mengorbakan cinta kami meskipun sebelum ini menurutnya, aku di pujanya saban waktu. Aku di mimpi saban hari. aku sentiasa di dlm doanya agar kami sentiasa di lindungi Ilahi dan redha Allah SWT mengiringi kami hingga saat kami di satukan nanti.

Biarpun aku di lepaskan tanpa sebab yg jelas, malah aku di lukai tanpa ku tahu adakah aku berdosa, aku merelakan jua dia pergi dgn iringan doa. Moga2 dia bahagia dan menemui apa sebenarnya yg dia hajati walaupun bukan aku yg bakal berkongsi saat itu nanti. Cuma aku tidak sempat menyatakan pada dia, jgn sesekali cuba kembali..

Bersambung...




Kita hanya merancang dan Allah SWT yg menetukan. Pastinya pepatah ini cukup sinonim dgn kehidupan seharian kita dan tidaklah menjadi masalah bagi sesiapa yang berpegang pada kata-kata ini utk menerima suratan takdir meskipun hakikatnya sgt pahit. Memang menjadi lumrah manusia sering kali melatah apabila berdepan dgn ujian, apatah lagi sekiranya sesuatu kejadian itu berlaku di luar dugaan sama sekali.Hati mula berkata bahawa semuanya tidak masuk akal. Sedangkan kita lupa bahawa setiap sesuatu itu ada yang menguruskannya mengikut kehendak dan kasih sayangNYA.

Allah Maha Kaya dgn segala anugerah serta nikmat yang tidak putus-putus di turunkan kepada semua hambaNYA. Cuma peraturan Allah SWT sememangnya berbeza-beza mengikut kehendakNya yang Maha Adil lagi Maha Mengasihi. Kita sebagai hamba, seharusnya akur dan redha serta percaya sepenuh hati bahawa ujian itu didatangkan dgn sejuta hikmah dan kita biasanya hanya menerima natijah setelah kita benar-benar pasti tentang apa yg kita lalui. Sesungguhnya Allah SWT itu pasti tidak pernah kejam ke atas hamba-hambaNYA tanpa mengira siapa kita.

" ....Allah tidak akan membebani seorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya..."
[Surah Al-Baqarah : 286]

Musibah yang mungkin datang silih berganti sepatotnya di jadikan kayu pengukur kpd tahap iman dan taat kita terhadap Allah SWT. Mungkinkah selama ini kita leka dalam menjalani kehidupan sbgai hamba yang mengaku beriman, tetapi amalnya jauh sekali. Setiap nikmat yang di beri Allah SWT kita hirup hingga titisan terakhir tanpa segan silu. Namun perintahNya yg tidak sezarah pun menjejaskan sosio kehidupan, kita abaikan dgn rela hati tanpa rasa bersalah. Memang benar kita insan lemah yng punya banyak kekurangan, akan tetapi mengapa kekebalan doa tidak di guna pakai bagi menangkis godaan dan hasutan mereka yg sesat lagi menyesatkan kita, agar terus patah serta jauh apabila berhadapan dengan dugaan yang kadang-kala mencabar kecekalan iman. Berdoalah wahai insan krn itu saja senjata yg kita ada. Tanpa doa kita mungkin akan tersasar jauh lantaran sifat lemah dan alpa.

"..Dan apabila manusia di timpa bahaya dia berdoa kpd Kami dlm keadaan berbaring, duduk atau berdiri, setapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia(kembali) melalui (jalannya yg sesat) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kpd Kami untuk (menghilangkan) bahaya yg telah menimpanya. Begitulah org-org yg melampaui batas memandang baik apa yg selalu mereka kerjakan.." [surah Yunus :12]

****************************************************************************************


Surah Al-Kausar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya' allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Perkara yg baik kita amalkan slalu.skdr Sebaran kepada kekawan, terima kasih.

Tuesday, May 25, 2010

Bufday Gurls 26 MEI 2010

eiman syg,


ishhhh tahu tak, ari ni ada 2 shabat sambut bufday yg sama 26mei2010....siti khodijah (HR Department) + Norhaslina (E-Test Department)...time lunch hour ni baru boleh send email wish..dua2 sahabat ni still new staff kat tempat aku keje...but ok ler..baru je kenal tapi otak gila2 (siti)..lina ni agak lembut sikit..heheheheh.

ni siti khadijah



sorang lg Norhaslina

hermmm tak sempat nk beli hadiah apa2..sebab keje byk + xde ms...cuti baru ni kan kita "1st date" hehehhe.xpe ingat pun dh memadai kan eiman?..ermm tapi sempat bg sign kat kad bufday..sign beramai2..7org :-)


aper2 pun..aku nk ucapkan buat kalian,

SELAMAT HARI LAHIR
Semoga Panjang Umur
Penuhilah hari-hari yang mendatang dengan melakukan pelbagai amalan kebajikan. Jangan disia-siakan anugerah umur yang Allah anugerahkan.




eiman, aku email dorang bg lagu ni..attach sekali dlm email..hope dorang suker..heheheh


Selamat Hari Lahir -saujana
Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,
Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan…
Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia,
Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,
Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi,
Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia.



ok la eiman....aku nk sambung keje..till then.


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^








new baby born


selamat pg qasehku eiman,

aku d kejutkan dgn sesuatu pg ni....tuttttttt tutttttttttt tutttttttt (hp berbunyi menandakan ada msj masuk).

"salam, ida dh selamat melahirkan baby boy yg di beri nama muhammad iman miqael secara c-zer seberat 2.95 di kedah medical centre pd 25/5/2010 pukul 11.27pm smlm"

alhamdulillah eiman, ida selamat bersalin.baby + ibu selamat.TAHNIAH utk NORSHAHIDA a.k.a best fren..ni la sahabat setia ku d opis. 2tahun jugak dia tinggal bersama di villa bujang ku. kami berdua ja...masak sama2, jalan sama2..pi keje je x sama sebab dia keje working hour aku keje shift. but kami rapat sgt. dia ramah mcm aku ler eiman.

ekceli eiman, kenduri kawen dia betul2 sama date bufday aku. 31 mei 2009. on dat day aku sambut bufday yg ke 25.dia pulak kawen..ada jugak sejarah tu.ermmmm now, dia dh bersalin baby boy. eiman, aku jeles jugak kwn2 aku suma dh kawen, ada anak. bukan setakat sorang, ada yg dah 2,3.aku jugak belum kawen lg eiman.huhuhu
ni la ida a.k.a my best fren with her hubby zaki a.k.a classmate abg aku
haaa awat ada 2 pasang pengantin??. kenduri ida ni sama sekali dgn abg dia.


ehhh! perasan tak baby bestfren aku ni, nama mcm nama mu eiman (iman)...heheheh sejarah kedua. cewahhh.xsabar aku nk jumpa baby iman ni wahai qaseh ku eiman. aku plan nk pegi sana mungkin 5hb jun@ 7jun.insyaAllah.

eiman,skrg ni aku kat opis. belum start keje lg aku dh awal2 pg jumpa kau eiman.rindu pada mu semlm sehingga aku tdk dpt tido dgn nyenyak.ntah la kenapa...janji ye, kau jgn tinggalkan aku sorang2. seseungguh nya ku benar2 sepi..sedey..kosong dan kelat..

izinkan aku pergi dulu, menyambung tugar harianku di opis...semoga ketemu lg di lain waktu ye eiman...i`ll missing you.

salam sayang,
nuriyn

AKU dan SEMANGAT!!

*******************************************************************

Salam....

sepatotnya time ni aku perlu tutup notebook ni, lampu2, segala peralatan elektronic, check pintu2, tingkap + lobang2 yg ada sebelum tido.

esok keje, betul2 aku tak der smgt. lately ni memang rasa pressure sikit nk keje, mana dgn boss2, mana dgn kwn2, keluarga..semua ada dlm pikiran ni. selalu sgt terpikir benda2 cam ni. kadang2 sampai ganggu tido aku. pastu mula la nk pi keje berat. ermmm insyaAllah, akan ku gagahkan diri utk bangun b4 subuh...mandi2, siap2 pi keje..

tapi ni member aku 2org ni still mengadap notebook masing2...tah aper yg dorang buat aku tak pasti..rasa yg sorang sibuk dgn facebook, yg sorang sibuk dgn majlis undangan perkahwinan dia. ckp pasal kawen ni..dia ni masuk org ke5 yg tnggal dgn aku sebelum ni..asal keluar ja sebab kawen..cooming soon bulan 12 ni sorang lg pulak..huhuhuh...tah bila la aku pulak yg keluar.

aku rasa lama betul aku kat coolim ni. dh lama rasanya aku tinggal di utara ni...kdg2 terpikir nk berubah angin..tapi ke mana?. mcm tak der hala tuju ja..sedeyy nya aku. sabar je kekuatan ni. hanya org2 terdekat je yg memahami aku..tu pun rasanya tak sepenuhnya..aku banyak berahsia. aku rasa tak perlu dh berkongsi dgn semua..biarlah separuh aku simpan.

di mata org aku ni happy go lucky, ceria, mudah ketawa(non stop)..ramah and bla bla bla..tapi hakikatnya..naluri keperempuanan aku ni agak sensetif dgn keadaan2 semasa. hrmmmm...sampai bila harus aku d uji, wallahhua`alam..tapi aku tetap bersyukur masih bernyawa sehingga ke saat ini..

terima kaseh pd sahabat2 yg byk menyokong + memahami (walau tak sepenuhnya). semoga ikatan persahabatkan kita berkekalan.

aku tengah cari mood nk tido..mula la keluar crita2 sedey ni.hehehhe..saja je.jenis susah tido cam aku ni parah beb..giler....kadang2 atas katil yg comel tu (katil bujang ja)..berjam2 still tak leh pejam mata gak. dr dulu lg dpt penyakit susah tido ni. tak per.mlm ni akan ku usahakan tido jugak.

jom jom..kena stop dh ni..nanti aku sambung lg apa yg patot k.i have to go now.

have a sweet dream to me...^_*

GUD NITE~

WSALAM.

***********************************************

Jangan Mengeluh

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota:
Peringatan ini di terima dari sahabat yang prihatin pada aku. so aku sebarkan peringatan ini untuk aku dan semua agar ingat mengingati kepada kebenaran.



KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286



KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45



KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111



KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129



KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

SEKIAN~~

``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````