Tuesday, May 25, 2010

Adamaya TV3

pd aku citer ni not bad..best jugak..suami dia ni..
fuhhhhhhhh betul2 syg isteri dia.. ni aku share dgn korang sinopsis drama ni :=>

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna

Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu

Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta

Hingga aku rasa indah

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya, 21 tahun ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapa Maya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.
Sambungan daripada kisah perkahwinan mereka yang kini ditayangkan. Adam sebagai suami bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak, Amani (Mia Sara). Dani (Faizal Yusup) pula berkahwin dengan Jasmin (Puteri Mardiana) dan dikurniakan dua orang anak. Namun jodohnya tidak panjang bersama Jasmin dan selepas lima tahun, Dani kembali mencari Maya. Percintaan Adam dan Maya menghadapi dugaan tatkala Dani muncul semula dalam hidup mereka. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain daripada cinta suaminya.


`TAMAT~


(korang yg dh terlepas citer ni..download ler..rasa tak rugi tengok..ada jugak unsur yg boleh d contohi..& untuk tauladan)

No comments:

Post a Comment